Pengalaman hamil 36 minggu 4 hari perutku keras dan kontraksi sekejap dan berterusan

Salam..
Pengalaman hamil 36 minggu 4 hari perutku keras dan kontraksi sekejap dan berterusan. Malam tadi lepas solat magrib risaunya berganda. Lama perut mengeras tidur tidak boleh lena sangat dengan kemaruknya aku ke tandas berulang-kali.

Masa aku keluar dari bilik pemeriksaan. Tunggu anak dan suami mereka ada cafe. Nak bincang sama ada hari ini nak balik rumah atau aku menetap beberapa hari di sini... masa ni fikiran serabut.

Pagi selesai solat subuh baby kick agak kuat dalam jam 6.30pagi..kemudian tendangannya makin agak perlahan. Aku hanya risau perut keras. Elok sahaja sampai ke hospital besar eh ok pula..

Aku tak bercadang ke klinik desa sebab jika adik dulu keluar darah aku ke klinik desa kebetulan ada temujanji lepas aku segera ke hospital bukaan 3cm. Yang ke tiga aku ke hospital sahaja aku kalau ke klinik desa mesti mereka akan minta aku kesana dengan nak tunggu turn nama panggil baik terus sana sebab di hospital lebih yakin ada alat scan untuk teliti berbanding klinik desa. Lagipun doc dan jururawat kata jika ada rasa tak sedap hayi segera ke hospital sahaja ahaha..gitu..

Yang kedua aku ke hospital sebab aku truma kerna tahun lepas aku pernah alami keguguran jadi aku agak fobia pada saat hujung kehamilan ini baik aku amik keputusan drasrik dengan rela memberanikan diri ajak suami ke hospital untuk cek perut apa yang perlu.


Masuk kaunter bilik lebor room depa tanya kenapa datang. Kemudian baru mereka amik tekanan darah. aku kata perut ini keras dari malam tadi dengan kerap. Kedua cakap sahaja fobia pada keguguran lepas.. aku takut terbersalin awal sebab ada kes kontraksi palsu kesudahnya sampai hospital bukaan 2cm kau tak seriau. .dan sebab lain ada juga berkata kelahiran setiap anak kesakitannya tak akan sama ada sedikit berbeza jika ada persamaan itu kebetulan tanpa di rasangka.

Selesai tekanan darah aku di ambi mereka minta aku baring dan ikat perut aku dengan beberapa alat pematau bunyi dan pergerakan bayi. Adalah dalam sejam lebih anggaran aku ler sebab aku masa kejadian tak bawa cermin mata huuu..nama ja nampak jam kat dinding haaa..

Agak dua jam baru aku dapat jumpa doktor india perempuan. Mereka nahu tahu latarbelakang keluarga, gdm aku, kelahiran anak-anak yang sebelum dan yang gugur tahun lepas.

Baru debaran bermula doktor perempuan selak kain dan kata tiada bukaan. Katanya lagi 3 ke 4 hari baru bayi cukup bulan. Jika cukup bulan bila sahaja ia boleh di lahirkan. Kata aku punya bsp gdm on diet sepanjang kehamilan, berat badan, tekanan darah, hb semua ok.

Katanya lagi aku boleh balik tapi jika dalam rumah aku ada orang. sebab bila sahaja boleh keluar. Tapi jika dalam rumah tiada orang boleh sahaja aku duduk di hospital menunggu hari tiba. Tapi jika duduk di hospital doktor kata aku kene cek biasa tiada masuk ubat dan sebagainya sebab baby tak ada tanda nak keluar atau apa-apa regangan kat bahagiah premium tu.

Aku pulang ke rumah bersama suami. Cadangnya kata padaku dia akan batalkan ot pada hari rabu ini sebab dia risaukan keadaan aku. Lagipun anak aku no dua tiada siapa nak jaga. Anak sulung sekolah..dengan examnya lagi..

Aku berharan baby akan keluar lepas dari 3 hari nanti. Rasa bercinta kau..ingatkan dia nak keluar tapi mungkin belum diizinkannya lagi. Kata baby hari ini belum cukup bulan lagi tunggulah beberapa hari lagi..nanti masa sakit cepatlah datang ke hospital. Jika ada rasa kontrksi benar kuat dan tetap.

Pengalaman hamil 36 minggu 4 hari perutku keras dan kontraksi sekejap dan berterusan. Selesai buku pink aku di serahkan. Oh sudah mula perutku mengeras lagi hooo..tak apalah anggap itu kontraksi palsu untuk persediaan. Aku harap seperti mana kelahiran pertama dan kedua akan ikut kakak dan adiknya juga seperti keluar lendir dan darah berserta sakit pinggang di bawa ke depan.sakit pada bahagiah ari-ari.

Pagi aku sambar jubah dot..dot ja..ji x gosok ni mudah selak haaa

Pada yang sedang menghitung waktu aku doakan kalian tetap sabar melalui detik cemas ini dengan keadaan emosi yang baik dan stabil. Aku juga harap bsp aku gdm on diet pada hari rabu ini akan berjalan baik berserta menu dan bacaannya masih dalam keadaan terkawal. Stress gdm on diet uh..biarlah bersalin cepat sesak.rasa puasa on off sungguh sedikit terteka fuh!

Jika korang ada apa-apa nak share pengalaman mPengalaman hamil 36 minggu 4 hari perutku keras dan kontraksi sekejap dan berterusan. Moh leringgalkan ia ruang komen yer.thnks..

Comments

Post a Comment