Friday, 13 September 2019

Menghitung hari demi hari

Salam..
Hari ini aku bantai  dua bungkus nasi lemak daun pisang sambal sotong...ikut mengantuklah sangat tapi lawankan jugalah mataku ni. aku sedang menghitung hari kelahiran..Ya Allah lagi sebulan lebih je lagi. Baik aku keluarkan harta karun tu dari sekarang..



Bila di buka..

Ada dua peti..

Hurm..dan dalam masa sama aku nak kemas semula bilik jahit aku tuh. Haa..serabut sungguh..dah kemas nampak lawo..


Memandangkan semalam aku tak berapa sihat angin jer satu badan tah silap makan ke aku pun tak pasti tapi semetara larat aku kemas juga bilik yang lain-lain. Lau masuk lapan bulan tak leh lengah sangat dan kan.



Siap kemas bilik jahit. Siap kemas bilik anak-anak rasa lega. Barang harta itu dah selamat aku basuh. Cuma ada beberapa helai baju dan selimut bayi nampak kekuningan cepat-cepatlah aku rendam. Biau rendam lama sikit haa.. nanti kita masuk mesin kasi bilas baru nampak macam pakaian baharu.

Jenama apa eh jenama savon ler. Aku ada buat demo dan review beberapa bulan yang lepas oasal savoon hii.. puas hati pakai. Kesan hitam, tahi lalat, kuning, semua clear ahaaa..harga pun murah gila๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜….

Dah siap asingkan baju yang perlu di rendam..


Lepas tu rest kejapa.. sebab jam dua petang  apa lagi aku makan  nasi lemak sambal ikan bilis. Ini gila pedas tapi ckukup kena dengan anak tekak aku.

Siap makannya yang leeat mandi dan solat zohor duduk sekejap.dapatlah juga kakak adik membantu masuk baju dalam mesin basuh, ada kemas mainan dan lain juga.

Tengok orang bujng main kerete...sepahkan

Next..kerja membuang sawang kat atas siling umh huu..

Esok boleh relaks ke jalan ke sana sini ker bermalas hujung minggu ker hii..sebab hari ahad nanti aku dah kene gerak ke umh mertua pagi..pahgi huuu. Jadi kerja ini ini harus setelkan sebaiknya.

Lau aku larat aku lipat ja baju kalau tak done balik dari cito kene lipat baju hooo..

Lepas ini fokus insert babynest ja.. opsss tempahan tu aku tutup.cuma aku buat yang ni untuk orang baru dalam keluarga kami. Insyalllah aku buka bila kedaan mengizinkan. Sekarang aku tak mahunjahit terima tempahan bagai lagi.. doakan aku selamat melalui fasa kehamilan dengan mudah, saat kelahiran degan tenang dan saat berpantang dengan rasa kesyukuran amin ya rabal alamin.

Tuesday, 10 September 2019

Vitamin ibu mengandung caltrate 600 dan vitamin b12

Salam.
Vitamin ibu mengandung caltrate 600 dan vitamin b12. Adalah menu makanan tambahan yang aku dapat selepas dari berjumpa dengan doktor. Kehamilan kali ke 4 ini agak berbeza vitakin ini wajib ambil memandangkan kalsiun baby iaitu sisten tulangnya sedang terbentuk sehinggalah ke penghujung kehamilan.

Bila berumur kalsium yang ada pada pada kita tak.dapat nak sokong bayi secukupnya jadi mom kenelah ambil makanan tambahan ini.

Wajib banyak minum air..sebab jadi sembelit tau๐Ÿ˜

Sekian lama diam tak up apa dalam seminggu lebih ni. Gara-gara projek tempahan dan oder masuk sarung bakul sampah by cahayasurihatiku. Kali baru ada kesempatan nak tacap pasal posting kelmarin katanya tangan sengal, lenguh, lemah dan sakit bila tiap kali di tekan atau di picit. Tiap kali jaga dari tidut tangan kream. Nak hadap apa kerja tak boleh huu..lagi-lagi aku memang gemar menjahit apa sahaja.

Vitamin b12 aku dah dapat kebenaran dari note doctor klinik kesihatan ibu dan anak. Ini amik masa kehamilan masuk 30 week tak silap. Sekarang aku sambung ja amik vitamin ni. Tapi menu diet seharian dalam.1 week aku tetap selitkan sayur menu wajib, daging aku akan amik semiggu 2 kali, ikan dan susu 3 hari sekali.

Selesai sarapan pagi baru makan vitamin

Vitamin caltrate 600 ni aku baru amik.alhamdulilillah makan kedua selepas sarapan pagi. Kesan pada tubuh tak adalah tagan rasa sengal atau sakit yang teruk seperti sebelum ini.


Lain punya vitamin aku tak ada ambil selain zinkcofer makan sebelum tidur. Ada juga ambil vitamin c tapi tak selalu ambil. Aku ambil jika keadaan sekeliling ada orang tak sihat atau aku mula bersin lebih dari 5 kali baru amik vitamin c dalam bentuk rendaman. Tapi selalunya sebelum amik yang rendaman aku akan mnum pati lemon sunquit, madu dan limau bancuh air minum suam panas. Lepas tak lut baru aku amik tablet rendaman.setakat ni cara tu paling berkesan kat tubuh aku.

Apa korang ada rasa tak selesa baik jumpa doc kk atau klnik bertauliah untuk dapatkan apa-apa jenis ubat-ubatan. Jangan main beli sahaja. Bahaya.Vitamin ibu mengandung caltrate 600 dan vitamin b12


Lepas sarapan minumlah air suam secukupnya..

Kendian sebelum.keluar dari bilik doc tu dia kata kalau sakit sangat aku boleh doublekan makan vitamin 12 sebanyak 2x sahaja. Lepas itu jika rasa sakit lagi aku cuma di benarkan malan penadol dalam aras 500mg sahaja.


Ada apa-apa share le pengalaman korang kt sini. Vitamin ibu mengandung caltrate 600 dan vitamin b12.





Sarung bakul sampah posting ke Kedai Melaka

Salam..
Sarung bakul sampah posting ke kedai Melaka. Tak sangka ada berminat minta jual kedainya. Rasa teruja juga. Tapi pada awal perancangan  cara mudah buat bakul sampah ini hanya untuk suka sahaja dan sebab isi masa terluang. Tapinealam buat stok sendiri ada pula permintaan.

Sarung bakul sampah posting ke kedai Melaka.  Mari cuci mata satu demi satu dalan setiap  posting ini dan akan datang. Eh..posting homemade sarung bakul sampah lepas ada juga hiiii..





Sarung bakul sampah posting ke kedai Melaka. Berminat  tinggalkan komen di bawah. 

Tuesday, 3 September 2019

Persona di timpa malang. Cukuplah dengan kamu!

Salam..
28hb mei 2019..rasa masih segar dari ingatan ini. Aku abadikan di sini. Waktu ini hari raya lagi 2 hari nak bakal menjelang tiba.



Siapa sangka dalam hati tak sedap katakan pada suami hantar kakak ke kelasnya dengan menaiki kereta buka motosikal seperti biasa..



Suami tak banyak bicara dan hantar dalam keadaan baik. kemudian dia mengambil anak dari kelas dan membuat keputusan untuk menggunting rambut bersama dengan anak lelaki. Selepas selesai menggunting rambut dan pergi ke kedai 99 waktu itu ketika nak susur keluar kereta kami bergesel dengan myvi.

Lalu beginilah keadaan keretaku..


Lepas dari kejadian ulang-alik ke bengkel. Owner kedai pula berjaya selesaikan cat semua makan masa sebulan lebih. Hoo..sabar weh.... itulah dia orang melayu punya kerja. Duit dah bayar kerja tangguh. Suami rajin tunggu baru buat selalu ada ja dalih yang di berikan..sabarlah hati kami..memang menguji kesabaran aku dan suami.

Bila siap cat x berapa cantik. Terkilan dengan hasilnya tapi aku redha. Cukuplah sekali hantar kereta baiki dan cat di sini. Ini sebab kereta myvi yang suh hantar sini kami ikut ja. Ingat dia buat cepat, kemas tapi itulah selalu apa yanh jangkakan amat sedih sekali.

Ia akan di kenang sampi bila-bila..

Monday, 2 September 2019

31 minggu hamil tangan kebas, lenguh dan senaman regangan

Salam..
31 minggu hamil tangan kebas, lenguh dan senaman regangan.7.30pagi siap turun ke dapur..kali ini kerja rumah lagi lajundari kebiasaan kerana ada tetamu datang kenrumah seawal jam 9pagi.


Siap masak nasi lemak cara masak orang perak..menu sambal ikan bilis stail orang perak dan sambal sadin cara masakan orang Melaka jadi penarik menu nasi lemak kali ni.

Siap masak mandi lepas dari itu tangan kiri mula rasa kebal dan lenguh yakmat.mujurlah setelah selesai mengemas, menyapu dan memasak..tamu pun datang.

10.38pg mula rasa kebas lenguh teramat sangat. Pedih dan rehatkan seluruh badan sementara tunggu wakti azan zohir masuk. Aku ada amii ubat b12 vitamin. Makanlah sebijik dan add susu arni minum tiga kali sehari.

Katanya tangan kebas, lenguh sebab ada kandungan air bertakung di terowong balik pergelangan tangan. Kedua sebab kehamilan makin meningkat pada temister  ke dua dan ketiga. Gara-gara bayi sudah mula membesar dalam rahim ibu berat badan si ibu mula meningkat.


Ada kata ia boleh hilang lepas bersalin ada juga tidak. Cara hilangkan rasa sakit elak makanan manis, elak minum kefin, kika serius kene lakukan pembadahan untuk buang sebahagian tekanan pada kulit, lakukan senaman ringan tangan, tidur dengan tidak menggunkan tangan sebagai alas kepala. Pengambilan vitamin 12 dengan atas nasohat doktor, kalsium susu perlu ambil mencukupi.

Gambar ehsan dari lawam google dan blog2..31 minggu hamil tangan kebas, lenguh dan senaman regangan



Lenguh, kebas satu normal pada ibu hamil. Tapi jika ia berlarutan lepas bersalin harus berhati-hati jika keadaan ini berpanjangan..



Aku plan hari ini hadap sarung bakul sampah kesudahnya rehat dan tengok tv sahaja.minun air susu, air suam, sapu minyak balm dan buat urutan senaman tangan dan jari. Harap ia hadir masa hamil dan akan berlalu selepas bersalin kelak.amin.

31 minggu hamil tangan kebas, lenguh dan senaman regangan.  Ada komen dan share silalah tinggalkan di bawah ok☺☺๐Ÿ‘Œ๐Ÿฝ

Sunday, 1 September 2019

Cara Manual Mudah Pasang Tvars

Salam..
Cara manual mudah pasang tvars. Ini salah satu barang kecil yang aku beli dari kedai orang puteh. Kedai ikea. Aku tak beli barnag besar selalu cari sederhana atau kecil sahaja.

Harga untuj tvars sekitar belasan ringgit. Ini beli beberapa tahun yang sudah. Kali ini baru ada kesempatan untuk memasangnya.

Tvars

Aku tak biasa menggunakannya. Tapi waktu nak memasangnya rasa sungguh teruja dan siap aku berasa sangat gembira. Tapi belum huey lagi sebab lampunya aku masoh tak cari dan beli lag huuu..huu๐Ÿคฃ☹



Berpandukan buku panduan cara manual mudah pasang tvars.


Done.

Cara manual mudah pasang lampu ikea tvars.  Aku tak dapat pasang dan ambil gambar sendiri sebab aku punya lampu sudah siap di gam tembak...jadi inilah buku manual yang tunjukkan it
u. 
Insyallah posting akan datang aku nak buat diy lampu tvars kasi cun dan nampak mahalm

Saturday, 31 August 2019

Jual bakul sarung bakul sampah cantik, murah dan english stail.

Salam..
Jual sarung bakul sampah cantik, murah dan english stail. Ini adalah hobi aku yang terbaru kot hii. Jika ada permintaan aku jahit. Alhamdulillah sekarnag stok sarung bakul sampah kain sudah ada. Akan datang corak akan memukau hati kalian. Murah sudah tentulah.

Ni bakul sampah..

Kali ini aku jahit tema warna merah menjadi pilihan hati katanyalah yer.

Mari kita tengok hasil kain yang di pancing kelmarin.

Tema warna merah dan hitam. Serius cantik nampak bunga itu hidup seakan melingkar.


Ok..siap bahan dia mari kita potong kain dan mulakan jahitan tepi dengan rasa senang berbunga merah di jiwa๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…❤❤. Nak menjahit hati kene ada minat lau tak hasil yang kita dapat tak menjadi..tak cantik huu..Jual sarung bakul sampah cantik, murah dan english stail.


Lau gini kaedah letak dalam bilik anak hujung sudut meja belajar pun ok. Pastikan pesan pada anak hanya sampah kering sahaja๐Ÿคฃ


Nak letak renda ok..bagi stail english terhasil. Ada juga gemar letak renda kain asal. Ada juga yang suka gunakan renda kain kosong. Ikut selera masing-masinglah. Aku ni jahit ikut kehendak pelanggan sahaja๐Ÿ˜๐Ÿ’ช.

Andia kata guna untuk harian maka beg plastiknya haruslah di letakkan di luar. Seperti dalam gambar.jika takut cover terkena air boleh juga masukkan beg plastik dari dalam dan satu di bahagian luar begini pun boleh. ๐Ÿ˜€

Alhamdulillah. Inilah hasil yang dapatku lakukan. Pada yang berminat pm atau tinggalkan komen sahaja ya. Jual bakul sarung bakul sampah cantik, murah dan english stail

Wednesday, 28 August 2019

Cara buat bakul sampah bilik kanak-kanak tema didi nana dan jojo ker?

Salam.
Cara buat bakul sampah bilik kanak-kanak tema didi nana dan jojo ker? Memanglah anak suka tengok kartun ini.


Terutama kanak-kanak berusia dua tahun ke atas mereka amat gemar animasi kartun Malaysia ini.



Ada tempah hiiii..Cara buat bakul sampah bilik kanak-kanak tema didi nana dan jojo ker? Marilah cuci mata hasil jahitan yang comeh nieh ☺☺

Pandangan sisi atas

Pandagan sis keliling


Keseluruhan..

Alhamdulillah.lau ada berminat dengan hasil jahitam bakul sampah pm saya di facebook on surisurihatiku atau tinggalkan komen. 

Saya lama menjahit lepas habis spm terus ambil.kelas manjahit dan buat part time untuk kraf suka-suka dan jika ada permintaan saya akan buat dan amik oder gak๐Ÿ˜๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช.

Di sana ada pelbagai jenis hasil jahitan saya. Babynest, jahit sarung tilam bayi, barut, selimut, sarung bantal, buat sarung bantal pengantin baharu, quilling craft, alas meja, alas kaki dan lain.

Cara buat bakul sampah bilik kanak-kanak tema didi nana dan jojo ker? Gambaran lain boleh lihat pada posting saya yang lepas..daa

Monday, 26 August 2019

Diy langsir ala english untuk dapur kecilku dari daiso

Salam..
Diy langsir ala english untuk dapur kecilku dari daiso.
Masih ingat tak barang daiso yang aku beli kelmarin.. nah aku mau tunjukkan caranya bagaimana hiasan ruang mini dapur kecilku dengan hiasan langsir dan kayi dari daiso.


Pada asalnya sebelum ini aku dah siap jahit langsir baharu pada sekitar dua bulan yang lepas. Entri ada tapi kene carilah.

Jadinya masa berjalan aeon itu aku nampak iteam kayu ini sama kain skirtnya rendanya cukup menawan kalbuh. Aku main agak sahajalah harap masa beli nanti kayu muat diameternya nanti. Hope ia kukuh masa siap pasang kainnya nanti.

Jadi aku beli ini..



Dua benda sahaja. Kain lebih kurang satu meter setengah. Insyallah jika ada wang lebih nak tambah satu kain englishnya..jika di izinkan..


Aha..
Diy langsir ala english untuk dapur kecilku dari daiso.Amacam ok tak haaa...oklah. Ini kalau pi kedai langsir mahu duit poket kita jekuar puluh2 huuu..daiso budget rm13.00 korang dah boleh dpat dua benda dan hiasan.


Diy langsir ala english untuk dapur kecilku dari daiso dengan jayanya๐Ÿ™†‍♀️..


Friday, 23 August 2019

Cara buat bakul sampah sungguh cantik, mudah dan murah by cahayasurihatiku

Salam..
Cara buat bakul sampah cantik, mudah dan murah by cahayasurihatiku. Ada pelbagai homemade bakul tong sampah. Ilmu yang saya pelajari permulaan kita buat jahitan betawi kemudian susuli jahitan papan. Sungguh seronok belajar ilmu baharu itu.



Bagi saya jahitan yang asas perlu tahu.ada juga buat jahitan biasa sahaja. Namun terpulanglah pada cara masing-masing. Mana mudah nak nampak kemas, cantik boleh sahaja ubah cara kita pelajari cara baharu tak salahkan.

Saya pun masih belajar. Sungguhpun saya ada belajar asas menjahit baju kurung, punjabi, kemeja, tshirt, baju melayu dan lain-lain terkadang bila kita pelajari teknik orang lain yang agak berbeza ia satu sumber ilmu baharu buat saya  saya tak buat jahitan betawi dan papan yang belajar dari cik sue tapi buat ini dengan kaedah lain tapi asasnya tetap sama. Terima kaseh atas ilmu yang di berikannya.



Bahan perlukan Cara buat bakul sampah cantik, mudah dan murah by cahayasurihatiku.
  1. Benang
  2. Kain corak atau plain
  3. Getah bahagian atas dan bawah bakul
  4. Renda hiasan
  5. Jarum
  6. Gunting
  7. Pembaris


Caranya:

  1. Kain lipat pada dua bahagian
  2. Jahit betawi dan balas dengan jahitan papan.
  3. Jarak 4  inci untuk letakkan renda atau sebarang hiasan.
  4. Akhir sudahkan dengan getah lipat bersama dengan kain.
  5. Sudahkan bahagian akhir dengan isi getah bahagian tapak bawah bakul.

Yang simple tanpa renda saya akan jual harga bakul sampah rm23.00 sahaja. Jika ada yang berminat pm sahaja di bawah.

Diy cover termos air panas tupperwer malaysia dengan harga murah

Salam..
Diy cover termos air panas tupperwer malaysia dengan harga murah. Lama berhajat besar nak beli termos air panas tupperwer malaysia tak dibelinya juga. Sebelum ada anak kecil beli termos untuk buat susu bayi atau stok simpanan air panas bancuhan teh ke kopi rasa mudah tak perlu tiap kali nak buat milo masa itu mau jerang air panaskan hu.hu.. 



Sudah bermacam jenama zebra ke jenama biasa sahaja. Kesudahnya tanya adik suami yang jual barang tupperwer dalam dok tanya masa kat kedai dia..masa borak umah mertua dia baginya kami percuma termos air panas tupperwer 2019 dengan riak senyum.. hiii rezeki tu..

Nak beli harga termos air panas tupperwer 2016 serius lagi dulu tahu mahal hooo..sekarang lagi laa..

Tempat isi air panas jenama tupperwer ni serius mahal seratus lebih jika jadi ahli. Nak beli simpan duit sikit lama jadi bukit. Tapi memandangkan ada dah memberi jadi aku amat menghargainya.

Dua butang kanan open kiri lock. Kedua ada fungsi yang bagus. Sebelum ni punya tempat pemanas air tak ada pun fungsi ni..bestnya☺๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜


Katanya jangan bagi tempat simpanan botol air ini terjatuh.kalau dah jatuh, kemek serius mereka kata simpanan air korang tak akan panas waktu mula-mula korang beli dulu. Serius itu adik -beradik suami katalah. Sebab dema jual, pakai bermacam jenis warna dan design sah tokey jual tahu kans..



Aku buat cover untuk air panas.tapi jika korang suka cover lagi tebal itu lebih baik untuk elak tempat air panas tercalar, terjatuh atau terkemek. Aku buat masa ini guna material apa yang ada dulu hoooo..


Diy cover termos air panas tupperwer malaysia dengan harga murah. Ini aku guna kain cotton. Warna hitam tak nampak kotorkan. Kain ini tak sampai 1 inci. Buat empat segi sahaja. Bawah buat bentuk bulat. Siap jahit tepi tapak bahagian bawah barulah buh tali. Aku pakai tali barut jer.  Sebenarnya boleh guna lebihan kain cat ni untuk buat tali tapi memandangkan kain tak cukup jadi aku guna lebihan tali barut. Tebal pun ia. Lau buat ikat beg atau bentuk reben mudah sahaja tali ini terlerai. Apa ikut keinginan masing-masing hiii.

Lepas ini en suami jangan dok bising buat cover botol air ni aku dah siap bikin cukuaiknya.

Done..

Diy cover termos air panas tupperwer malaysia dengan harga murah

Wednesday, 21 August 2019

Selamat tinggal yang lama..8 tahun kita telah bersama..uh beratnya rasa hatiku

Salam..
Selamat tinggal yang lama..8 tahun kita telah bersama..uh beratnya rasa hatiku. 

Sungguh berat..tapi memandagkan dah lama. Maka aku dan suami mengambil keputusan untuk bertukar pada yang baharu. Sekian lama di gunakan masa inilah untuk keluarkan ia dari rumah. Pergilah..pi..

Letak ni sahaja ruang tamu huu..


Ini barang telah lama di guna pakai..

Sikit lagi barang akan di bawa keluar huuu.  Bantal empat segi sofa dapat dua jer hadoi.. tak boleh jadi mesti call budak perabot untuk minta dua bijik lagi. Katanya nak clear stok sahaja hooo..kalau dapat dua lagi maknanya 4 bijilah aku dapat kumpulkan ia๐Ÿ˜๐Ÿ˜€.

Selamat tinggal yang lama..8 tahun kita telah bersama..uh beratnya rasa hatiku..


Kenapa perlu tukar perabot sofa?



  1. Sebab lapan tahun.
  2. Sebab set sofa bentuk L  sungguh besar. Makan ruang tamu lebih dari yang jangka.
  3. Keadaan sudah usang. Benang mudah tanggal sebab lama di gunakan.
  4. Bawah sofa dah koyak sikit.
  5. Bantal segi empat keliling sebahagian dah koyak.



Kenapa perlu tukar set meja malan dan kerusi?

  1. Sebab lapan kerusi. 
  2. Meja pula besar kerusi banyak.
  3. Kayu sesi tepi rosak sikit. Sebahagian dah mula goyang.
  4. Sebab makan ruang tamu. Jadi sempit.


Alhamdulillah
Segalanya di mudahkan.Selamat tinggal yang lama..8 tahun kita telah bersama..uh beratnya rasa hatiku