Berhenti kerja! Inspirasi aku dan mesin jahit biasa sahaja

Salam.
Berhenti kerja! Inspirasi aku dan mesin jahit biasa.
Tiada apa yang lebih menyeronokkan jika dapat menjejakkan kaki ke dalam kedai kain, kedua bila dapat pilih kain yang kau atau anak gemari lalu kau membeli dan menjahitnya sendiri dari rumah.

Bahan asas yang wajib ada💪💪


Wow itu salah satu aktiviti kesukaanku!

Jahitan beg.. lepas dari kejadian ini ada banyak oder masuk😘😘

Anak penanam kekuatan..

Sejak 5  tahun lalu aku pernah berkerja..dan aku tak meyangka selepas hq suruh cawangan ipoh punya pejabat di tutup rupanya banyak lagi aktiviti gila aku mula menjahit telah aku pelajar dan buat sendiri. Sedih memang sedih sebab aku habis sahaja belajar dah mula berkerja tapi bila memegang status suri rumah ia satu perkara tak pernah aku jangkakan..

Kau rasa?

Ya orang akan tak amik port pasal ko tak kerja kan.. aha..aku tak peduli.asal aku mencuba ada ja jalannya nanti..

Menjahit terapi dan jadi pelupa apa ada d sekitarmu..

Hujan sejuk sedap pelok bantal kekabu full !


Andai di beri pilihan aku mahu kerja tapi puas aku cari kerja area perumahan sini..di pekan, job fair dan sebagainya namun mungkin kerna takdir tertulis aku teruskan minat menjahit dan best aku dapat kumpul wang jahit tu dan dapat beli mesin jahit tepi pada penghujung bulan 11 tahun lepas 2018.

Dapat kain cantik2 macam2 perkara nak buat la tu juga😅☺

Berhenti kerja! Inspirasi aku dan mesin jahit biasa.
Kenyataan!  Masa pergi majlis makan malam ada kawan suami tanya aku kerja apa. Ada senyum ada tanya jahit apa, ada kata ada ker orang membeli..kerja suri rumah ja ka..aku hanya kulum senyum sambil jawab kau tak cuba mana tahu rezeki milik atas kehendaknya dan atas izin Allah. Tapi yang banyak tanya tuh orang cina huu..jadi aku jawab senyum adalah. Sebab permintaan sentiasa ada kalau tak menjahit kita jahitlah apa benda yang kita suka kadang dalam menjahit tu ada sahaja orang, kawan, jiran, kakak, mak, biras ataupun sahabat tanya boleh ker jahit itu ini. Aku akan jawab boleh sahaja.

Sebahagian oder babynest

2019 dapat oder 2 set babynest serentak!
❤alhamdulillah🍭


Kadang aku tak pernah menjahit sarung tilam, tapi oleh kerana aku ada kehendak, usaha dan berani mencuba aku buat perlahan-lahan. Alhamdulillah jiran itu oder sama aku set babynets, tilam sarung, comfoter, sarung bantal empat segi sarung bantal bayi berbentuk queen, bentuk awan, love, selimut, barut semua dia oder pada aku. Haa..itu namanya rezekikan.

Sebahagian gambar sarung bantal ropol, ada oder biasa, ada minta warna plain, warna pelangi, jiran terdekat oder, kawan2..syukur😊


Mencubalah sesuatu sungguhpun aku pada awal berhenti kerja aku mula menjahit jubah muslimah. Jubah princess cut, empayer cut, jubah biasa, jubah kembang payung, serius bermacam warna-warna jubah kain satin dan cotton aku. Tapi bila jemu aku try menjahit alas meja, barut bayi, jahit tempat susu bayi, selimut, sarung tilam semua aku jahit sedikit demi peringkat ke hadapan aku mula asah minat.

Ni jubah siap jahit empire jubah

Comfoter hampir siap..selamat mendarat ke tuannya..

Sebahagian barut terjual, pelbagai jenis cotton, biasa, gred a


Tahu tak apa yang the best anugerah bila menjahit ini. Kepuasan atas hasil kerja tangan korang. Bila puji akan rasa itu satu hasil kerativiti yang terbaik yang pernah korang lakukan walaupun sebelum ini korang ada banyak terima  oder jahitan sebelum ini. Yang kedua hasil upah  tersebut korang dapat beli apa korang idamkan dan ketiga wajib buat ada saving sendiri. Aku impian dapat capai terget beli mesin jahit tepi model brother. Alhamdulilla.. target mampu aku capai. Aku rasa lega.


Mesin jahit tepi.. mudah angkat, masa beli budget cukup2 ja..kalau la kedai kraf tu x jual semua mesin dia smua..sah2 agkanya aku x beli mesin jhit tepi sendiri kiiii☺☺


Hasil upah menjahit aku borong dua helai tudung khimar online. Padahal aku boleh je jahit tudung 45 dan 60 bidang.ok sebagai hadiah untuk diri sendiri katanya😊

Sebelum ada mesin ni semua aku ambil upah jahit tudung sekolah. Bidang labuhlah.. nak oder pm laju2 yeh☺☺

Best lagi walau gaji kecik tetap dapat lanja mak beli brg peribadi dia..bawa pi pasau malam.masa tu kau rasa gaji cam ribu2 jA..at ku rasa cam mampu maka aku bawa itu satu anugerah yg tak terkata bagi aku dalam hidup.

Untuk ayah aku adalah juga..dapatlah mereka merasa air tangan jahitanku..


Syukur..

Sangat..sangat..
Ini mesin jahit biasa suami belikan. Itupun jenis orang letak dan jual buat pameran di kedai. Haa hok tu la aku beli rm560 sahaja. Jadilah.. tak tahulah pula akan datang aku akan beli mesin jahit industri entahlah. Aku pun buat masa ini tak ada perancangan nak menambah. Cuma nak menanbah duit dalam akuan buku simpanan adalah hii☺😅😅.

Permulaan aku jahit langsir rumah pakai tangan. Sebelum ni jahit langsir main sembat jer. ada murah sambar jer tanpa banyak bicara masa tu fikir jahit hanya untuk suka-suki dan isi masa lapang. Jadi tak terfikir nak beli mesin jahit industri yang kata ada meja tuh hii..selagi leh pakai kita lenjan la sebaiknya..

Quilling aku buat gak tapi ada masa tertentu sahaja..

Ini jahit juga tapi tak banyak..kadang bosan tu hadap ni pun lumayan juga..cuba2 sahaja..tapi ada pula yang berkenan.


Berhenti kerja! Inspirasi aku dan mesin jahit biasa.Moga kisahku ini menjadi inspirasi buat isteri yang telah berhenti kerja tapi ada minat tertentu maka asahlah bakat korang sedikit demi sedikit..manalah tahu dengan permulaan langkah pertama akan jadi permulaan untuk mula perniagaan kecil-kecilan walaupun untuk sekadar suka-suka atau hobi lama-kelamaan jadi minat boleh jana wang dari rumah sapa tahukan. Belum cuba belum tahu😄😊👌🏽

Comments