Review bsp 35 week oh mari kita ke hospital jumpa pakar

Salam...
Hey baby nampaknya pertemuan lepas ini ke klinik kesihatan kerajaan lebih kerap..detik hati pasti perjumpaan kali ini seminggu sekali..sebelum ini dua minggu sekali..

Review tak akan habis selagi baby tak keluar ho.hoo

Berbalik pada bacaan review dan menu makanan bsp tu kan semua ok sahaja.

Cuma artu timbang berat aku tak naik. Pada dua minggu lepas  57.2 ni naik timbang 57.3 hadoi.. lepas itu hb low hahah..10.2 gitu..tak pernah begitu sekali. Tak apalah pertama kali kan..jadi doc bagi ubat iron tablet ja.

Malam itu lepas cucuk 9 malam aku paksa makan mee goreng basah yang maunya harus pedas dan sedap. Serius aku kenyang sebenarnya..tapi kene makan gak takut angin masuk dalam badan. Aku tak lalu minum susu. Aku tak lalu nak minta suami oder nasi  pedas sebab 4 kali aku makan nasi.. tak lalu manis sebab aku rasa nak muntah walaupun aku tak rasa nak mual atau muntah  huu..sekarang punya situasi masuk 35 week makan sikit perot cepat sendat. Ada masa keras itu mula petanda akan datang aku akan bersalin kan..is normal 😄 situasi.

Ha vitamin b12 sekarang sudah tukar ke vitamin b complex. Tu pula ubat tambahan dari kk iron hii untuk tambah darah katanya..

Next bsp 16 okt 2019 huuu..

Dah lah nak mari kita balik ke rumah huu..

Aku akur sahaja bila dapat surat ke hospital besar kata bayi progres kurang memuaskan. Bahagian kepala dia kecil huuu..Hadoi.. tapi kepala bayi dah kebawah sangat huu kata doc..

Cuaca panas terik..keadaan luar klinik kesihatan..

Jadi esok aku akan bersiap untuk ke hospital besar permaisuri bainun huuu..doakan aku untuk esok semua baik dan berjalan lancar ok.

Comments