Berpantang dalam hotel macam kek lapis

Hidup harus harungi..
Berpantang dalam hotel 28hb okt 2018 dari perak ke kuala lumpur. Gara-gara perak cuti maka suami ajak aku ikut dia and bawa ank sekali.mujurlah aku bukan  gugur 12 week lau tak say sorilah pada dia..Hai..ikutkan hati malas tapi oleh kerana permintaan suami kata ikutlah satu hari sahaja bermalam di kl maka aku akur juga.



Berpantang dalam hotel tak sama dengan berpantang dalam rumah. Semua siap aku pack mana aku mampu buat dan lakukan.
🍭2 pasang stokin untuk satu malam.dalam pendek sampai buku lali cukup ok.kedua stokin panjang hingga ke lutut..Mahu terbaik suri lebih gemar memakai stoking panjang.kata suami stokin bola. Ada spre lagi bagus sebab kalau satu basah atau kita ada lebihan stokin lain.1
🍭baju sejuk tebal 
🍭baju lengan panjang bagus hitam badan cepat serap haba.Suri menggalakkan pakai baju bahagian lengan hitam dan kemudian di dalamnya baru susuli menggunakan baju sejuk.Ada dua lapisan baju kita akan pakai.Lagi tebal lagi bagus.
🍭bersiap bekalan jamu serbuk lada hitam dan majakani. Makan dan minum sehari dua kali.lada hitam panaskan badan kekal dalam suhu sentiasa harus berpeluh.manjakani serbuk suri bancuh jadikan dalam bentuk minuman.Kalau di hotel agak sukar nak masak nasi bagai.Kadagkala ada juga tabur atas nasi makan masa nasi panas-panas.
🍭bengkung jenis seluar sarungkan sahaja galakkan. Sebab mudah manarik kain tersebut sehingga ke paras bawah payudara. Fabrik nipis fleksible boleh dibuka dan tanggalkan semasa ke tandas.ia juga mampu menutup perut buncit rasa badan sedap dan fitkan bentuk badan kembali.
🍭minyak panas. Asalkan minyak itu berangin sapu sahaja bawah anak-anak kaki..depan atas dan betis. Biar lebih nak tahu kornag letak minyak atau balm itu lebih bila.korang bangun pagi korang akan dapat rasa minyak atau balm itu masih hangat lagi.balm harimau,cni balm.aromaterapi frescare selalu ada dalam stok mana-mana pergi salag satu wajib bawa.
🍭botol mineral guna pakai.masak air panas jadikan tungku.bertungku seperti biasa.sedikit perlahan-lahan tekap di bahagian tubuh.



Berpantang mandi pagi di hotel. Air panas. Jangan terlalu lama. Bersihkan saki-baki minyak seluruh tubuh macam biasa. Ulang perkara di atas🍭🍭 sehinggalah selesai kita menyarungkan baju sejuk.

Berpantang sarapan pagi hotel. Suri makan bubur.mix dengn herba lada hitam.tabur atas bubur makan panas-panas.biar isi lada hitam lebih sebab mahu badan panas sentiasa.jagan terlebih satu sudu yer huuu..Air elak ais.elakkan teh.suri siap bawa botol air dari suam.

Alhamdulillah.suri selamat sampai ipoh pada waktu petang.Dia permudahkan urusanku berpatang.



Apa pun berpantang ikut ketahanan badan masing-masing.macam suri sebab tahu asal tidur hotel tak tahan sejuk maka teballah suri pakai baju berlapis-lapis macam kek lapis begitu juga dengan bab pakai stokin. Sebab jenis suri kulit tak tahan sejuk..atas pengalaman sendiri makan suri siap diri begini.kemungkinan ada setengah orang kuat dari suri kira oklah.kalau tak kuat baik jangan buat.ini hanyalah pengalaman dari diri sendiri.atas sapa ikut kena tanggungjwab sendiri.info sekadar perkongsian catatan suri sahaja.


Comments