Tetamu pergi dan berpantang sebulan

Salam..

Tetamu pergi dan berpantang sebulan. H ini mak aku.ayah..kakak dr muar dah nak balik.insyallah jam 10 tengahari mereka bertolak.bila mereka pergi meninggalkan perkaragan rumah aku sebak sungguh rasa di hati.kerna rumah dah sepi sunyi dari keriuhan tetamu adik berdik yang datang. Itulah mereka datang bukan selalu. Ayah aku Tuhan izinkan dia mari perak sebab badan sihat..kaki tak kembung macam sebelum ini.jantung ada baik sikit ini sebab ayah aku katanya cuba kawal makan manis dan berlemak.


Hari ini baru aku mula bertungku.aku berfikir itu lebih baik sebelum aku menunggu untuk urut dan tungku oleh mak bidan urut nanti.kata kawan aku tiada buat apa baik tungku semasa dalam pantang..kegugran ni kata darah beku cepat keluar ja lagi mahu hujung darah nifas jagan di biar lama2 darah dalam badan di peram nanti kesan racun susah nak hamil.

Kali ke tiga aku berpatang.cuma beza pantang kali ini tiada baby jadi pergerakan aku untuk bertugku agak mudah jika bandingkan berpatang selepas bersalin anak pertama dan kedua habis tungku cepat-cepat kejar susukan bayi. Siapkan bayi bagai.tu beza pantang dalam keadaan gugur 6 minggu.


Jam 10pagi tadi aku bertungku anak lesung batu hiii. Manakala petang aku baru teringat ada batu sungai dalam bilik air terus panaskan dan bertungku dengan penuh nikmat peluh bertepek-tepek keluar menjegah tubuh hii..nikmat bertungku semasa berpatang..kebaikan berpatang memag harus buat jangan sesekali abaikan.demi masa depan..kesihatan dalam rahim dan luaran juga.

Menu makan pantang keguguran aku makan adalah nasi panas. Wajib bubuh lada hitam sikit. Letak manjakani siap kisar. Bila makan panas ni semua rasa laju yang pahit pun telan cukup-cukup. Siap semua aku bersihkan badan sapu minyak bawah kaki, anak jari bawah kaki, sapu betis kaki aku sapu minyak panas. Terus salut dengan stokin bola yang had boleh kau tarik stokin tu sehingga ke paras tempurung lutut keh.keh.keh.sapa ada spises macam saya sila komen ..cepat mengaku 😁.

Tetamu pergi dan berpantang sebulan barulah malam ni pakai barut bersalin. Tapi jenis yang seluar. Memang dulu ada beli simpan pakai saat di perlukan macam situasi guna pakai masa tempoh berpantang. Jika mahu pakai kebaya ke atau nak guna baju kecil sikit boleh pakai bengkung seluar ni naik sampai paras dada rasa fit.bernafas mudah.mahu tanggalkan ringan material dia sebab tak panas.

Ada setengah baca kalau gugur 6 week patang biasa ja elak makan angin sejuk.tapi tak ada mereka ketengahkan pakai bengkuk..atau barut untuk mak-mak yang lepas keguguran. Apa terserahlah ikut kehendak masing-masing.

Opss.lupa baju sejuk wajib pakai.stokin wajib sarung.aku siap ada sandal letak kat luar tandas mahu masuk bilik air kena pakai sandal flat tak da la stokin aku kebasahan hii..

Allah selamat berpantang untuk diri sendiri.siapa yang tengah berpantang aku ucapkan moga urusan harian kalian permudahkan.amin


#Aku dalam kereta ni nak ke kl.. sikit lagi sampailah..

Comments