Catatan kehamilanku dan perbezaan klinik kesihatan dulu dan sekarang

Salam..
Alhamdulillah. Aku sahkan hamil lagi..kali ini sudah ku tahu usia kandungan dalam anggaran 2 bulan jer. Tapi tak sangka  bila masa scan 3 bulan lebih kata doc klinik swasta.Ini adalah kehamilan yang ke empat. Yang ketiga tahun 2018 alami keguguran beberapa week..

Aku sebelum sudah buat test tapi kata doc darah lepas gugur berapa week tu mungkin sisa. Lepas dari sebulan ke sebulan aku tak beli alat test sebab aku takut berharap nanti aku juga yang bakal di kecewakan. Jadi suami kata biarlah sebulan dua lagi. Lau dia ada..dia lama dalam perot taklah rasa takut untuk scan pada doktor. Makna bila kandungan kuat dah lama kita rasa yakin dan tak takut ler. Sebab sebelum ni berapa week jer dah scan tu sebab utama darah haid banyak.rupanya hamil.tapi bila scan maseh awal dan doc susah nak beri jaminan ia akan melalui tiup itu terus atau terhenti sebab darah aku asyik keluar sahaja. maka itulah aku dan suami diam sahaja.

Kami berdua berusaha, berdoa, ikhtiar buat benda baik selau.alhamdulillah Tuhan mengizinkan.

Entri keguguran itu perjalanan permulaan dan tempoh cara berpatang semasa gugur semua ada pada entri yang lepas. Jika ada rajin boleh sahaja cari entri tu.



Sebenarnya. agak susah untuk aku mengatakan di sini aku telah mengandung tapi.memandangkan aku sudah berjanji untuk umumkan maka aku kesahkan dan abadikannya di sini. Syukur pada ilahi usia kandungan telah mencecah 6 bulan.alhamdulillah.

Dulu zaman hamil kakak dangan adik kalau kau hamil kau leh buat dan buka buku pink ini hari. Tapi sekarang kau datang ke klnik wajib ada surat sijil nikah, kedua bila jumpa nes dia akan minta date kau mula haid dan last haid.ketiga dia akan bagi kau date akan datang lagi barulah buat pemeriksaan lanjut.dulu bila mai klinik kesihatan terus buka buku pink cek ibu hamil sekrang no!no!no! Serang dia bahi siap-siap botol untuk buang air kencing. Mau mudah kataya bot itu nanti isi air kencing dari rumah dan bawa ke klinik kesihatan nanti. Nanti di sana tak perlu beratur tunggu giliran buang air kecil.  Tapi dah dua kali lawatan untuk kehamilan aku buat dan buang air kecil di klinik desa ja.bukan apa sebab dalam beg aki dah siap2 khazanah bekal makanan stok untuk aku dan anak aku.buat tumpah air tu dalam bekal makanan ke terkena susu anak aku hbislah weh huu...

Penatkan.


Pengalaman buka buku pink. Lawatan kedua baik-baik sahaja. Maka lawatan ketiga minum air gula. Di situlah aku sangkut mereka call aku pada hari ahad petang..katanya bacaan gula dalam darah tinggi. Bermulalah episod pengalaman bsp cucuk jari sebanyak empat sesi. sungguh meletihkan sangat-sangat. Bukan terhenti di situ sahaja malahan aku juga ada masalah low hb  kehamilan tekanan darah rendah.



Next jumpa lagi buat pemeriksaan kata masalah kehamilan berat naik 3kg.oh no! Dulu masa hamil anak ke pertama dan kedua aku tiada masalah pun.la ni berat kau naik ke tak semua perkara doktor akan ambil kisah haaaa😃🤭😞😞.

Ada kakak india hamil juga berat dia naik kene jumpa doc berat dia turun pun kene jumpa doc. Jadi pendekkan kisah kena hadap juga doc bukan apa bila jumpa misi kita cepat balik.bila jumpa misi kemudian ada kes masalah sikit ker sah ler jumpa doc. itu yang buat ibu hamil mengeluh sebab tunggu berejam yakmat.


Masa 24/6/2019
Ini jam 1.15 tengahari.aku kene keluar dari klnik desa sebab misi kata mereka nak rehat.tak boleh ada orang pesakit di dalam klnik itu mereka nak ada masa rest sendiri tak ada privite katanya lagi satu takut jika ada pesakit lain masuk walaupun waktu mereka rehat nanti akan ganggu mereka makan dan sebagainya.a.k.a takut ganggu rest mereka.

Cuaca luar sangat panas..mujurlah tak sampai setengah jam suami sampai. Hurm..mulai detik aku awal.datang dan pengakhiran balik suami minta aku lain kali amik grab jer untuk masa akan datang jika ada urusan dengan klnik kerajaan..Untuk 3 tahun yang lepas jika pesakit tunggu suami ke mereka bagi sahaja aku duduk dalam itu diam-diam sampailah suami sampai.sekarang dah tak boleh.sedihkan..



Perubahan..
dulu doktor melayu orang islam sekarang doktor perempuan tapi doktor india dan cina huu..dulu doktor melayu kita tukar fikiran akan cakap dengan baik, nasihat membina boleh faham kedaaan ibu hamil sekarang lagi ramai pesakit lagi cepat sahaja kerja merka urusan pesakit nak layan pun serupa cam.tak sempat. Artu mereka bagi kertas dah suruh aku kata selesai.udahnya aku blur juga ke kaunter sebab dapat surat ni kataya tiap minggu kena mai kk.kata cek tekanan darah ja. Sudahnya aku dapat date yang tiap minggu ke kk untuk amik bacaan darah.barulah tadi dapat tahu misi kata jika tekanan darah tinggi kene gak jumpa doc..hadoi aiiii🤭

Dua perkara yang tak dapat aku elakkan..rupanya kehamilan ke dua yang sebelum ini mwngikut sampai ke kehamilan ke empat. Oh Tuhan akan hadap jalani dengan kesabaran kemanisan.

Banyak lagi pecahan akan aku kongsikan.nantilah tungu satu persatu ok.

Comments