Kehamilan, ubat sembelit dan cara penyelesaiannya

Salam..
Kehamilan, ubat sembelit dan cara penyelesaiannya. Aku pernah alaminya masa usia kandugan 23minggu. Bagaimana ya keadaan aku pada ketika itu.

Pagi biasanya selepas makan ubat zink yang doktor bekalkan setiap perjumpaan itu pasti aku akan rasa perut memulas. Selalunya sesi pagi dan sesi ke dua buang air besar pada belah petang ataupun malam. Tapi kali ini pagi itu perutku memulas. Aku cubalah minum air berapa saat setiap jam. Sesekali aku ke tandas tiap kali sakit perot itu menyerang tapi apakan daya tiada juga najis yang keluar.




Kehamilan, ubat sembelit dan cara penyelesaiannya.

Simptom sakit perot ibu mengandung buat hati tak senang duduk

  1. Sakit perut memulas itu aku makan juga tapi dalam jumlah yang sedikit. Biasalah bila perot sudah sakit nak makan apa pun kita rasa takut nak makan nanti lagi sumbat makanan lagi kejung dan padat nanti. 
  2. Selain memulas sakit akan datang dalam selang lima minit. kemudian perut sakit itu akan normal kembali. Selepas dari itu ok dan kemudian lima minit lagi sakit akan datang menyerang.

Dari sarapan pagi aku menjamu air kosong dan roti canai. Sesi petang aku makan buah-buahan dan air suam selang seli dengan melayan sakit perot makan nasilah juga tengahari itu. Ada sayur ada ayam. Perut yang sedia sakit itu datang dan pergi sehinggalah lewat petang nak malan . Hajat mengidam nak malan kueh tiew zack kat Taman Jalan Razaki itu di batalkan..

Aku seriau takut keguguran tapi untuk sakit perot ini tak ada sakit pinggang.. jadi ajaklah suami lepas magrib ke klinik dengan harapan perot yang sakit ini aku tahu apa asbabnya.




Kenapa sakit perot memulas-mulas semasa hamil:-


  1. Rupanya baby beralih bulan kandungan mula membesar maka  ia menekan sistem pembuangan mom. Bila aku cek kelender..padanlah dah masuk enam bulan memamg bayi makin besar... masa kehamilan sebelum ini baik-baik sahaja. Ternyata kehamilan sebelum dan sekarang jauh beza dan pengalamannyakan 🤭😄
  2. Kata doktor aku kene minum air sekurangnya 3 liter! Gila apo nak hbiskan 1 liter setegah lepas paras tengah bolehlah huu..

Cara atasi sembelit semasa kehamilan:-
  1. Ibu hamil wajib minim air..sebab kata doktor ibu hamil dah bagi separuh air dia minum cecair itu kepada bayi.
  2. Banyakkan makan sayuran hijau dan buahan.
  3. Makan buah prune. Ini aku try sahabat aku kata kalau susah cari buah ini makan dalam tiga ke empat biji.

Syukurlah..malam lepas keluar dari klinik itu cepat-cepat aku cari buah prune 3 bungkus. Petang sebelum itu pun aku baru nak tambahkan stok buah jambu batu. Sempat juga sambar buah pisang seikat capai dua biji makan dalam kereta dan beli juah buah betik dua hiris😗😅. Dengan harapan buah ini akan mencapai misiku membuang😞🤭.



Akhirnya tengah malam barulah aku minum air dan makan buahan dan mudahnya dapat buang air besar dengan lancar. Ada juga satu botol ubat doktor bekalkan tapi sehingga sekarang ubat itu masih aku tak jamah lagi. Tak apalah mana tahu saat terdesak buatnya buahan dan prune tak ada ini bolehlah di jadikan alasan untuk makan ubat doktor tu hii..

Kehamilam, ubat sembelit dan cara penyelesaiannya. Harap mom ada masalah lebih kurang sama dengan aku ino bertabahlah. Mungkin tips atas boleh serba -sedikit membantu kalian. Insyallah. Jika korang ada petua lain nak kongsi silakan kr ruang komen di bawah.


Comments