Review bekas penutup minuman oh semangat kental vs stokin retis k-pop

Salam..
Aku ada kawan baharu..apa baharu tentulah barang dari luar masuk ke dalam dapur kecilku..

Barang apa agaknya😏


Bab dapur aku suka mudah gunakan dan nampak pratikal penting cute murah haaaaa😅😊. Inilah antara barang yang sempat aku borang kat kedai daiso jepon tuh🤭🤭.

Bestnya..

Bila dah pakai dekat rumah bertanyalah depa suami dan anak-anok mana datangnya benda alah ni. Isyh dah tentu aku beli tak akan aku seludop barang ni..curi-curi khott😞.

Toturial penutup cawan daiso in jepon😏





Yang bulat gunanya untuk tutup bekas minuman. Asalnya aku beli dua. Tapi suami berkenan pula. Di bawanya salah satu kembar tak seiras ni ke pejabat huaa..

Cara menggunakan penutup cawan daiso:-
korang letak bulat kat atas cawan. Atas ada butang tengah dan tekan ke bawah. Secara automatik ia akan kedap udara dari dalam. 

Bagusnya penutup minuman daiso:-

Sah-sah kaum kerabat lipas tak masuk dalam minumanku..minuman suamiku..kalau korang nak tahu jika minuman manis ni terbuka di malam hari tanpa penutupnya di atas ko nunggulah pagi esok akan ada tiga ke empat ekor anak-anak berenang dalam cawan nanti hooo😞😞.

Ok

Ke...sana tak sah kalau tak menjeguk dan membeli stok untuk stokin ni. Walaupun stokin tak sampai ke paras buku lali tapi oklah memadai ia tutup tapak kaki dan ke atas sedikit. Jadilah.syukurlah..


Aku gemau stokin daiso sebab ala-ala korea dan ada pelbagai variasi warna menarik, cotton, ada renda dan tahan lasak. Selalu akan cari warna putih untuk buat solat time pakai baju dan skirt labuh. Bila keluar pilih warna hitam, biru, kelabu atau warna yang gelap. Apa pun puas hati sebab barangnya setanding dengan harganya yang berpatutan.


Comments