Cara buat bakul sampah sungguh cantik, mudah dan murah by cahayasurihatiku

Salam..
Cara buat bakul sampah cantik, mudah dan murah by cahayasurihatiku. Ada pelbagai homemade bakul tong sampah. Ilmu yang saya pelajari permulaan kita buat jahitan betawi kemudian susuli jahitan papan. Sungguh seronok belajar ilmu baharu itu.



Bagi saya jahitan yang asas perlu tahu.ada juga buat jahitan biasa sahaja. Namun terpulanglah pada cara masing-masing. Mana mudah nak nampak kemas, cantik boleh sahaja ubah cara kita pelajari cara baharu tak salahkan.

Saya pun masih belajar. Sungguhpun saya ada belajar asas menjahit baju kurung, punjabi, kemeja, tshirt, baju melayu dan lain-lain terkadang bila kita pelajari teknik orang lain yang agak berbeza ia satu sumber ilmu baharu buat saya  saya tak buat jahitan betawi dan papan yang belajar dari cik sue tapi buat ini dengan kaedah lain tapi asasnya tetap sama. Terima kaseh atas ilmu yang di berikannya.



Bahan perlukan Cara buat bakul sampah cantik, mudah dan murah by cahayasurihatiku.
  1. Benang
  2. Kain corak atau plain
  3. Getah bahagian atas dan bawah bakul
  4. Renda hiasan
  5. Jarum
  6. Gunting
  7. Pembaris


Caranya:

  1. Kain lipat pada dua bahagian
  2. Jahit betawi dan balas dengan jahitan papan.
  3. Jarak 4  inci untuk letakkan renda atau sebarang hiasan.
  4. Akhir sudahkan dengan getah lipat bersama dengan kain.
  5. Sudahkan bahagian akhir dengan isi getah bahagian tapak bawah bakul.

Yang simple tanpa renda saya akan jual harga bakul sampah rm23.00 sahaja. Jika ada yang berminat pm sahaja di bawah.

Comments