Cara buat tempat tidur kucing

Salam..
Cara buat tempat tidur kucing. Tak ada idea nak buat tapi bila suami minta aku gagahkan juga buat ikut idea dalam benak ini sahaja. Adalah dalam sejam setengah aku mengerjakannya..itu sebab nak insert jer. Bab jahit sekejap sahaja.



Bahan-bahan:-

  • Mesin jahit
  • Kain corak atau plain
  • Mesin
  • Benang 
  • Jarum
  • Pensel
  • Fiber/kekabu 



Cara- Cara buat tempat tidur kucing. 

  1. Lakar bentuk yang korang suka. Tak nak ada bentuk buat bulatan atau bersegi pun boleh sahaja. Bebas.
  2. Jahit pada atas lakaran tadi.
  3. Isi fiber atau kekabu secukupnya.
  4. Jahit untuk tutup isian kekabu tadi.
Tara!!!

Ini cat nyaaa..!


Cara buat tempat tidur kucing. . 

Selamat mencuba!

Comments