Cuti dan review Damai Laut, Lumut Perak

Salam.
Cuti dan review Damai Laut, Lumut Perak.Bercuti siapa tidak gemar nak-nak  melibatkan suami, isteri dan anak-anak. Aktiviti seperti ini tak buat setiap tahun tapi agak jarang kami buat..tapi ada rezeki mahu ja buat setiap tahun huuu. Apa kurniaan dan atas izin dariNya..hakikatnya kami tak bercadang untuk bercuti pun..sama sekali tidak huu..

Ini permulaan tempat jumpa. Sini untuk dapatkan maklumat, booking sebelum pergi ke hadapan lagi..tempat penginapan kami.area sini apartment jer yang banyak..

Kali pusing area Lumut Perak jer. Masa mula berfikir nak bercuti itu teringin juga nak ke Genting Hightlands tapi fikir budget semalam dan banyak benda main dalam itu kena berbayar maka hajat itu di lupakan. Akhir sekali kami memilih bercuti di Swiss Damai,  Lumut Perak.

Kami bertolak sekitar jam 6.30 petang jumaat dan sampai di sana sekitar 8 malam macam itu. Dengan keadaan jalan gelap laluan yang agak ke dalam jalan agak sempit rasa macam jauh sahaja. Tapi bila keluar dan balik dari Ipoh eh macam dekat jer hiii😅.

Papan tanda singgah pertama..

Aku pilih tempat ini sebab ada taman tema mini untuk bayi, dewasa dan kanak-kanak. Bab gelongsor mandi yang panjang itu pun iya juga bukan takat anak-anak sahajan ayahnya pun sama turut dah terjebak nak main gelongsor tu jugak..Aku? Oh aku taklah sebab telah di buyongkan kehadapan dengan begitu maju jayanya sekali..28 week gilo ko haa😅😗😄.

Moh tinjau untuk hari pertama..

Jam 10.00 malam barulah dapat cek in bilik. Kemudian cari makan malam huu..bertuah kao kedai mini dah tutup..jam tu juga bawah hotel ada sedia menu single dan couple set rm70 apa yang ko nak makan sampai mahal gitu tengah malam ni hiii.. Sudahnya tapau spgetis jer..rm28.00 untuk anak sahaja. Ada juga kedai makan cam kedai bar, karoke, snoker kataya kedai makan alai masakan thai tapi mereka ada add alkohol daa..huu..


                      Ini penyelamat bawa bekal dari rumah

Untuk aku dan suami aku siap masak tumis asam berapa jneis lauk untuk makan dalam hotel nanti. Alhamdulillah lauk asam pedas aku masih elok dan sedap. Cuma x panas kan ja la hii.nasi elok dan tak basi. Biasalah isinya tpwer original hii..

Biliknya..


Tepi kerusi putih ada pintu hadap tepi laut sahaja. Lau malam duduk dekat balkoni ni boleh jer hiii.

Bilik tidur selesa sungguh sebab utama selimutnya tebal, bantal dan tilam gebu jenama king koil ini hiii..bangun rasa badan segar.lima bintang.

Bab menontot itu..tak dapatlah nak tengok astro sebab kataya line tak berapa ada..gambar 100% sungguh blur haaa..tapi memandangkan yang lain servis ok ni k.o tak apalah.anggap siaran kat tepi pantai kurang singnlenya hiii😄

Tandas dan balik mandi dalam keadaan berasingan. Ini best.


Keadaan tandas dan bilik mandi bersih tiada lumut atau kotor di bucu bersegi.selalunya hotel kerap di kunjungi memang pekerja tak menang tangan bersihkan bilik hotel. Nampak penjagaan bersih sungguh. Lima bintang juga❤❤

Suasana sarapan pagi sabtu Cuti dan review Damai Laut, Lumut Perak
Makan menghadap laut pula..

Kenangan makan di sini..huuu

Ini makan buahan sahaja..lain x mahu..teruja tengok bahagian kiri ada tempat mandi-manda huru-hara dua beradik ni..

Sarapan review..aku tunggu masa entri hari ke dua aku duduk menginap di sini. Kotlah menu ada sedikit berbeza dari hari sebelum ini kanss..

Tempat dan keadaan sekeliling menarik. Untuk elak bosan makan di luar lagi menarik minat untuk bersarapan pagi.katany hirup udara pagi yang segar. Aku bagi 5 bintang.

Masa ini kepala aku pusing gara2 ubat vitamin zinkcofer huu

Aku masih mengawal makanan manis sebab la aku bawa 2 liter air ke sana sini susahlahkan. kalau dekat rumah aku kelek jer botol air itu mana aku pergi. Ini makan karbo lebih..air manis tu rasa susu dah ada rasa terlalu manis ..buah aku makan juga buah tembikai tapi buah tu tak manis langsung hoo..selamatlah diet aku on gdm!

Agak sukar untuk aku agak makan banyak mana tapi manis sebolehnya wajib amik sedikit tapi tak amik serius badan aku akan lemau dan longlai..

Knapa ya seban lepas balik bercuti nanti aku ada date dengan klnik kesihatan pasal berat naik hoooo..tu nak makan berlebihan kene fikir berganda-ganda..

Bersambung..Cuti dan review Damai Laut, Lumut Perak 

Comments