Diy cover termos air panas tupperwer malaysia dengan harga murah

Salam..
Diy cover termos air panas tupperwer malaysia dengan harga murah. Lama berhajat besar nak beli termos air panas tupperwer malaysia tak dibelinya juga. Sebelum ada anak kecil beli termos untuk buat susu bayi atau stok simpanan air panas bancuhan teh ke kopi rasa mudah tak perlu tiap kali nak buat milo masa itu mau jerang air panaskan hu.hu.. 



Sudah bermacam jenama zebra ke jenama biasa sahaja. Kesudahnya tanya adik suami yang jual barang tupperwer dalam dok tanya masa kat kedai dia..masa borak umah mertua dia baginya kami percuma termos air panas tupperwer 2019 dengan riak senyum.. hiii rezeki tu..

Nak beli harga termos air panas tupperwer 2016 serius lagi dulu tahu mahal hooo..sekarang lagi laa..

Tempat isi air panas jenama tupperwer ni serius mahal seratus lebih jika jadi ahli. Nak beli simpan duit sikit lama jadi bukit. Tapi memandangkan ada dah memberi jadi aku amat menghargainya.

Dua butang kanan open kiri lock. Kedua ada fungsi yang bagus. Sebelum ni punya tempat pemanas air tak ada pun fungsi ni..bestnya☺๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜


Katanya jangan bagi tempat simpanan botol air ini terjatuh.kalau dah jatuh, kemek serius mereka kata simpanan air korang tak akan panas waktu mula-mula korang beli dulu. Serius itu adik -beradik suami katalah. Sebab dema jual, pakai bermacam jenis warna dan design sah tokey jual tahu kans..



Aku buat cover untuk air panas.tapi jika korang suka cover lagi tebal itu lebih baik untuk elak tempat air panas tercalar, terjatuh atau terkemek. Aku buat masa ini guna material apa yang ada dulu hoooo..


Diy cover termos air panas tupperwer malaysia dengan harga murah. Ini aku guna kain cotton. Warna hitam tak nampak kotorkan. Kain ini tak sampai 1 inci. Buat empat segi sahaja. Bawah buat bentuk bulat. Siap jahit tepi tapak bahagian bawah barulah buh tali. Aku pakai tali barut jer.  Sebenarnya boleh guna lebihan kain cat ni untuk buat tali tapi memandangkan kain tak cukup jadi aku guna lebihan tali barut. Tebal pun ia. Lau buat ikat beg atau bentuk reben mudah sahaja tali ini terlerai. Apa ikut keinginan masing-masing hiii.

Lepas ini en suami jangan dok bising buat cover botol air ni aku dah siap bikin cukuaiknya.

Done..

Diy cover termos air panas tupperwer malaysia dengan harga murah

Comments