Mudah cara buat alas meja makan 8 kerusi english stail

Salam.
Mudah cara buat alas meja makan 8 kerusi ala english stail. Ini antara mudah sebab apa mejanya bentuk empat segi dan hujung ada lengkok sedikit. Ikutkan ini alas meja ke empat aku buat. Untui oder ni kali ke dua. Sebelum ini oder meja kayu jati berlekuk bagai daun. Nantilah ada masa tunjuk kain aku jahitkan..

Bawah adalah bentuk dan warna kain yang aku pilih. Pelanggan kata asal merah, hijau, kuning atau oren asalkan cantik ok sahaja. Pastu dia minta english stail.

Geram tengok warnanya menyerlah. Nampak hidup. Bunga pula kembang setaman..setompok begitum



Siap potong badan aku mula menjahit tepi. Rempit selagi upaya hiii.

Jahit tepi dengan mesin..


Potongan untuk bahagian reben. Aku plan buat sederhana sahaja. Tak mahu buat panjang sebab  tambak seolah kain jatuh lebar pula. Padaha buat alas meja renen sederhana sahaja cukup memadai.

Siap 100% tangan sahaja..ini reben cukup empat sahaja untuk letak bahagian bucu.


Mudah cara buat alas meja makan 8 kerusi ala english stail. Demo untuk rumah sendiri dulu.. adjust letak sesuatu di kelilingnya..

Bagaimana hiiii🍭🍭🍭🍭


Siap pasang dengan jayanya. Tapi rumah ini mereka guna plastik elak alas meja basah.


Mudah cara buat alas meja makan 8 kerusi ala english stail. 

Comments