Ouch!! Pengalaman Hamil Kesan Sampingan Cucuk Kancing Gigi/ Tentanus

Salam..
Ouch!! Pengalaman Hamil Kesan Sampingan Cucuk Kancing Gigi/ Tentanus. Alhamdulillah..I am 24weeks. Tetiba pula lepas timbang berat badan dah katanya turun 2kg haa...tekanan darah so normal pagi kejutkan aku kena suntikan sekejap lagi.

Wahatt!!
Hati pasrah laa ni.

Ouch!! Pengalaman Kesan Sampingan Hamil Cucuk Kancing Gigi/ Tentanus. Urut dada bila ingat masa kehamilan pertama suntikan ini berikan dos dua kali sahaja. Tapi untuk kehamilan yang seterusnya kita berikan suntikan satu kali sahaja. 

Penunggu dan pa setia..


Why berikan pada ibu hamil?
Janganlah takut ia untuk kebaikan ibu dan bayi dalam kandungan bagi elak bakteria jahat masuk dalam salur darah mom dan bayi. Samping elakkan semasa proses bersalin nanti berjalan dengan baik. Kira strill tubuh kita bila kita amik imiun ni. Ada juga sesetengah klinik swasta tidak mengesyorkan suntikan ini tapi ia terpulanglah pada keizinan anda. Namun bagi pihak kementerian kesihatan suntikan ini tetap di teruskan bagi memastikan kesihatan ibu dan bayi di dalam terjamin sihat dan dalam keadaan baik.

Buku pink saya!

Kesan lepas suntik kancing gigi:-
  • Aku rasa sampi sejam baru kepala aku pusing dan pening-pening lalat. Mujurlah aku sebelum nak ke kk aku siap masak tengahari. Jadi balik dari rumah keadaan tidaklah kelam-kabut. Lepas makan tengahari sama anak aku terus bersandar dan tidur.
  • Bahu kiri akan rasa sakit dan lemah sangat. Macam tak ada kudrat nak bergerak. Tapi aku rasa masa hari ke kedua dan ke empat sahaja.
  • Bahu yang suntik akan rasa lebam dan merah sikit. Pantang di sentuh akan rasa sakit sedikit.
  • Sykurlah aku tak alami demam macam sesetengah orang. Cuma kerja rumah buat tak boleh lama cepat lenguh dan sakit. Mujurlah ada membantu tika proses ini berlangsung.
Alhamdulillah.lega..

Nak blik cepatlah sampai umh dengan selamat!

Dah jom balik..sat lagi fusinglah kepala ana..

Comments