Senarai barang wajib di bawa ke hospital mak dan bayi

Salam..
Senarai barang wajib di bawa ke hospital mak dan bayi.
Sudah tiga hari aku dok cari beg lama pakai untuk mengisi barang keperluan semasa berada di hospital nanti. Tapi tak jumpalah pula begnya. Kesudahnya rembat beg bayi dan satu beg cat untuk keperluan bayi kelak.

Ni rasa tak cukup nak isi barang..

Sebab masa semakin hari makin berlari laju kata mak aku. Lepas pulang dari kenduri kawin anak saudara di Melaka suami pula kata siap-siapkan barang yang perlu di bawa ke hospital. Bila dah dua orang kasi ingat maka aku rasa baik aku buat persediaan awal. Lagi sebulan sahaja lagi kot..

Beg bayi di dalamnya ada barang si ibu. Beg jahit yang corak kucing iu pula aku isi beg kelengkapan bayi. Lega sikit. Bukan apa kalau doc bagi due date 26h  okt di buat keluar awal atau ada apa terjadi luar jangka kau nak kata apakan..jadi gelabahlah juga aku.

Jika kakak cepat 2 minggu..adik cepat 6 hari dari datenya..yang ketiga ini aku tak berani nak jangka kerana aku masih menjalani bsp takut juga due lambat.. tapi gerak hati aku kata macam awal bulan sepuluh jer. Sedih sekarang aku giat asal hujung minggu aku berjalan kaki senama untuk stamina dan maintainkan berat badan dan cuba juga kawal pemakanan manis. Sekarang nak makan amik rasa dan nak minum manis pus takat 3 ke 4 teguk. Lau sambung minum manis tunggulah belah petang sikti sambung minum..malam sah aku kawal manis banyak minum air suam berliter..liter..

Ok. Cakap panjang tak guna sah tengah menghitung hari.. Senarai barang wajib di bawa ke hospital mak dan bayi.


Buku pink.
Tudung sarung 2 helai,
Baju kedah 2 helai.
Selipar ke tandas.
Kain batik 2 helai
Pad over night.
Tuala mandi , ubat gigi,berus gigi,sabun,sikat,cuci muka.
Stokin panjang bersama minyak angin/minyak panas Panadol jika sakit kepala.
Kain pelindung untuk susu baby.
Pad untuk payudara.
Baju dalam dan seluar secekupnya.
Baju sejuk nipis dan baju sejuk jenis tebal
Kain



Barang asas sampingan:-
Botol air kosong 2 liter
Termos
Biskut
Milo atau susu
Cawan plastik
Sudu dan garfu

Nursering baby


Ok. Untuk bayi.
Tisu basah.
Pampes.
Baju lengan panjang 2 helai.
Baju pendek 2 helai.
Minyak telon.
Stokin.
Selimut atau kain bedung.
Napkin 4 helai.
Topi.
Mandian.
Tuala mandi bayi.

..sekarang cuma barang sampingan sahaja yang tak pack lagi..moga urusanku di permudahkan.amin.pada dah due tu aku doakan kalian selamat dalam perjalanan melalui saat yang manis ini. Beri kekuatan sepenuhnya dalam bilik bersalin  kelak.amin.
Senarai barang wajib di bawa ke hospital mak dan bayi.

Comments